COVID-19: China catat 397 kes baharu, 109 kematian

Ia sekali gus menjadikan kes jangkitan virus berkenaan di China menginjak kepada 76,288 dengan bilangan kematian kumulatif seramai 2,345 orang.

COVID-19: China catat 397 kes baharu, 109 kematian | Astro Awani
Kes terbaharu jangkitan COVID-19 di China meningkat sebanyak 397 orang, selain peningkatan 109 jumlah kematian, lapor Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Jumaat.

Ia sekali gus menjadikan kes jangkitan virus berkenaan di China menginjak kepada 76,288 dengan bilangan kematian kumulatif seramai 2,345 orang.

Pihak berkuasa bahagian kesihatan negara itu memaklumkan seramai 2,393 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kes yang pulih seramai 20,659.

Dalam perkembangan lain, kes COVID-19 di Hong Kong dan Macau adalah seperti berikut:

Hong Kong: 68 kes (dua maut, enam pulih)
Macau: 10 kes (enam pulih)
Taiwan: 26 kes (satu maut, dua pulih)

Terdahulu, Itali mencatat kematian pertama akibat COVID-19, lapor portal berita tempatan Ansa pada Sabtu.

Mangsa merupakan seorang warga emas berusia 78 tahun yang tinggal di Padua.

Ini merupakan kematian kedua di benua Eropah akibat jangkitan virus itu.