Cinta terlarang, pasangan kekasih sempat selfie dulu sebelum bunuh diri

Hanya kerana cinta, apa sahaja sanggup dikorbankan.

JAISALMER:Hanya kerana cinta, apa sahaja sanggup dikorbankan.

Itulah kisah sepasang kekasih yang sanggup membunuh diri kerana cinta mereka terlarang kerana salah seorang daripada mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.

Insiden ini telah berlaku di perkampungan Leelasar, Jaisalmer, India, lapor The Mirror UK.

Pasangan kekasih itu dikenali sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary dan masing-masing baru berusia 21 tahun.

Difahamkan Anju Suthaar telah mendirikan rumah tangga hampir dua bulan sebelum itu.

Sebelum membunuh diri, mereka berdua sempat bergambar dan memuat naik gambar tersebut di media sosial.

Menurut laporan media antarabangsa, mereka berdua turut meninggalkan rakaman audio dimana mereka menyatakan telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Sebelum kejadian, pasangan tersebut juga dikatakan sedang mabuk.

Siasatan polis turut dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana mereka memiliki pistol tersebut.

"Kami akan menyiasat perkara ini untuk mengetahui dari mana mereka berdua memperoleh pistol berkenaan," kata jurucakap polis.