China sahkan 5 kes baharu COVID-19

Satu daripadanya ialah kes import manakala empat lagi ialah jangkitan tempatan yang dikesan di wilayah timur laut Jilin.

China mencatatkan lima lagi kes koronavirus pada Selasa, namun tiada kematian direkodkan. -Gambar fail | Astro Awani
China mencatatkan lima lagi kes koronavirus pada Selasa, namun tiada kematian direkodkan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) negara itu, satu daripadanya ialah kes import manakala empat lagi ialah jangkitan tempatan yang dikesan di wilayah timur laut Jilin.

Jilin merupakan lokasi di mana beberapa penularan tempatan baharu telah menimbulkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua di negara itu selepas Wuhan di wilayah Hubei.

Selain itu, tiga kes disyaki juga dilaporkan membabitkan dua kes import dan satu dari Shanghai, lapor CNN.

Tanah Besar China kini secara rasmi melaporkan 82,965 kes yang disahkan.

Daripada jumlah tersebut, 78,244 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Setakat ini China hanya mempunyai 87 kes aktif, menurut NHC.

Terdapat juga 368 pesakit tanpa gejala di bawah pemerhatian perubatan yang dikira berasingan daripada kes yang disahkan simptomatik.

Angka kematian di China kini ialah 4,634 orang.