Bilangan mangsa banjir di Selatan Jepun meningkat

Ia turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga memusnahkan beberapa rumah di Wilayah Kumamoto.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk di kawasan tersebut supaya berpindah ke tempat lebih selamat. -AP | Astro Awani
Hujan lebat terus membanjiri Selatan Jepun pada Isnin, sehingga mengakibatkan seramai 39 mangsa dilaporkan hilang atau mati termasuk di rumah jagaan orang tua.

Bencana itu turut menenggelami beberapa perumahan, bangunan dan kenderaan di kawasan sepanjang Sungai Kuma.

Ia turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga memusnahkan beberapa rumah di Wilayah Kumamoto.

Susulan kejadian, pihak berkuasa mengarahkan penduduk di kawasan tersebut supaya berpindah ke tempat lebih selamat.

Namun, kembimbangan terhadap wabak COVID-19 membuatkan orang ramai memilih untuk kekal berada di rumah meskipun pegawai penyelamat menyediakan kemudahan pusat pemindahan yang lebih terjamin.

BACA: Banjir besar landa Selatan Jepun, ragut 34 nyawa