Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Ogos 2020.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Ogos 2020.

1) Petugas barisan hadapan Filipina hampir putus asa, rayu perintah berkurung dikuat kuasa semula

PETUGAS perubatan di Filipina hampir berputus asa melawan penularan COVID-19 selepas negara itu terus mencatatkan peningkatan kes yang tinggi saban hari.

2) Veteran Perang Dunia Kedua berusia 96 tahun ini akhirnya jadi graduan pada 2020

Pada usia 96 tahun, Giuseppe Paterno pernah berdepan pelbagai ujian getir hidup – kemiskinan sewaktu kecil, peperangan, dan yang terbaru, pandemik koronavirus. Kini, dia telah berjaya menduduki peperiksaan yang menjadikannya graduan universiti paling tua di Itali.

3) Saranan Duterte, cuci pelitup muka guna minyak tanah cetus kekhuatiran

KENYATAAN Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang menyarankan orang ramai membersihkan pelitup muka dengan minyak tanah atau kerosene menimbulkan kekhuatiran orang ramai.

4) Polis India tahan pembunuh bersiri, korbankan lebih 50 pemandu teksi, jual organ dalaman

Polis India menahan seorang pembunuh bersiri yang dipercayai membunuh lebih daripada 50 pemandu teksi, yang kemudiannya mencampak mayat mereka ke dalam terusan yang dipenuhi buaya.

5) Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia ditahan di Malaysia

Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang 11 tahun melarikan diri, akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Khamis lepas.

6) TikTok akan diharamkan di Amerika Syarikat - Trump

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan pada Jumaat bahawa aplikasi media sosial TikTok bakal diharamkan di negara itu.

7) COVID-19: Pemimpin gereja Korea Selatan didakwa sembunyi pesakit

PENDAKWA raya Korea Selatan pada Sabtu menahan seorang pemimpin agama atas dakwaan gerejanya telah mengganggu usaha kerajaan dalam mengambil langkah menghalang penularan COVID-19 di negara itu.

8) COVID-19: Indonesia rekod 1,560 kes baharu, kematian kini 5,193

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

9) COVID-19: Thailand catat dua kes baharu babitkan warga asing

Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand telah mencatatkan dua kes baharu COVID-19 membabitkan warga asing termasuk seorang pemain bola sepak Serbia berusia 29 tahun yang tiba di negara itu dengan penerbangan sewa khas pada 19 Julai.

10) COVID-19: Singapura catat 307 kes baharu, hanya satu dalam komuniti

Singapura mengesahkan sejumlah 307 tambahan jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 52,512 kes.